Dr. Siti Aidah Bte Lukin @ Lokin

Dr. Siti Aidah Bte Lukin @ Lokin

Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, UMS

Dr. Siti Aidah binti Lukin @ Lokin ialah Pensyarah Kanan di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sejarah dari Universiti Malaya yang mengkhusus kepada Sejarah Malaysia. Berpengalaman lebih 20 tahun dalam pengajaran kursus wajib atau kursus Mata Pelajaran Umum (MPU) universiti iaitu Sejarah Pembentukan Bangsa Malaysia, Hubungan Etnik, Pengajian Malaysia dan Penghayatan Etika dan Peradaban. Dalam bidang pentadbiran di PPIB, UMS, beliau pernah memegang jawatan Timbalan Dekan Akademik, Pemangku Timbalan Dekan Akademik dan telah menjalankan tugas sebagai Penyelaras Gugusan/Kursus bagi subjek Sejarah Pembentukan Bangsa Malaysia, Sejarah Pembentukan Nasion Malaysia, Hubungan Etnik dan Penghayatan Etika dan Peradaban. Beliau juga terlibat dalam pelbagai jawatan kuasa peringkat universiti dan PPIB sama ada dalam kegiatan akademik mahu pun khidmat komuniti. Penyelidikan beliau tertumpu kepada kajian tentang sejarah dan perkembangan masyarakat peribumi Sabah, kajian sejarah dan sosiobudaya etnik Bisaya Sabah, kajian tentang peranan NGO wanita di Sabah, kajian tentang kelangsungan kraf tradisional etnik Sabah dan kajian tentang Model Negara Bangsa berteraskan Pendidikan Karakter dalam Pendidikan Sejarah. Beliau menjadi Ketua Penyelidik untuk lima geran penyelidikan yang berjumlah RM227,453.00 dan menjadi ahli dalam 15 geran penyelidikan berjumlah RM434,058.50. Hasil penyelidikan tersebut telah diterbitkan sebagai buku ilmiah, makalah dalam jurnal, bab dalam buku dan kertas kerja yang dibentangkan dalam pelbagai persidangan pada peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Dalam bidang penyeliaan, beliau terlibat menyelia pelajar pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dan sebagai Pemeriksa Dalam tesis Sarjana dan Doktor Falsafah serta sebagai penilai dalam sesi Viva-voce pelajar pascasiswazah. Beliau aktif dalam kegiatan persatuan profesional iaitu sebagai ahli seumur hidup Persatuan Sejarah Malaysia, ahli seumur hidup Yayasan Guru Malaysia Berhad dan memegang jawatan dalam jawatan kuasa/kepimpinan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sabah dari tahun 2022-2026. Dalam NGO beliau berdaftar sebagai ahli seumur hidup dan berada di barisan kepimpinan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah dari tahun 2000-2025. Beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang UMS pada tahun 2006 dan 2018. Dalam perkhidmatan terdahulu sebagai guru beliau menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia tahun 1996 dan tahun 2003. Penglibatan beliau dalam NGO menyebabkan beliau dianugerahi Bintang Setia Kinabalu (BSK) oleh TYT Yang Dipertua Negeri Sabah pada tahun 2002 dan menerima anugerah Tokoh Penggiat Bahasa Etnik Sabah (Bisaya) pada Tahun 2021 peringkat Negeri Sabah.

Contact Information

Academic Department

Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa

Appointed Department

Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa

Education

Ijazah Doktor Falsafah (Sejarah)

Universiti Malaya

2017

Sarjana Sastera Sejarah

Universiti Malaysia Sabah

2003

Sarjana Muda Sastera (Pendidikan)

Universiti Sains Malaysia

1992

Research

Publications

Total Publications by Year

Total publications by calendar year
Year Publications
2004 1
2005 2
2006 2
2007 4
2008 1
2009 1
2010 4
2011 1
2012 1
2013 2
2014 1
2015 1
2016 3
2017 2
2018 2
2019 9
2020 11
2021 9
2022 5
2023 1
2024 5
2025 3
2026 2

Scopus Metrics

Documents

—

H-Index

—

Citations

—

Institutional

73

Research listing

Completed and ongoing projects

Showing 1 to 5 of 21 entries

PERANAN DAN PERJUANGAN PERTUBUHAN SUKARELA WANITA DALAM PEMBANGUNAN WANITA DOI SABAH, 1963-2003

Leader

2025 - 2025

Pengetahuan Lokal Dalam Budaya dan Adat Resam Pelbagai Etnik di Sabah.

Member

2024 - 2026

Model Pengurusan Sumber Air Berasaskan Pengetahuan Tradisi Komuniti Peribumi Sabah: Pendekatan Lestari dan Integratif

Member

2024 - 2026

Jarak Sosial Dalam Kalangan Pelajar Bumiputera Sabah terhadap pelajar Semenanjung di universiti awam di Sabah.

Member

2024 - 2026

KETERLIBATAN KOMUNITI DALAM MENGHASILKAN E-GAYAD MABALUT GLOSARI

Member

2024 - 2026

Publications listing

Note: publication data for the last 3 years will be displayed

Showing 1 to 5 of 7 entries

1.

SITI AIDAH BTE LUKIN @ LOKIN , SAIDATUL NORNIS BINTI MAHALI , ABANG MOHD. RAZIF BIN ABANG MUIS , SITI HALIMAH BINTI PUTUNG , SHARIFAH DARMIA BINTI SHARIF ADAM , BUDI ANTO BIN MOHD TAMRING , MOHD. SOHAIMI BIN ESA (2026), Factors shaping interracial harmony in Sabah, Malaysia: A structuralist analysis

2.

SITI AIDAH BTE LUKIN @ LOKIN , ROSAZMAN BIN HUSSIN , SURAYA BTE SINTANG , MUHAMMAD IDRIS BIN BULLARE @ BAHARI , JALIHAH MD SHAH , JEANNET STEPHEN , CHRISTINA ANDIN (2026), Hubungan undang-undang adat dan keharmonian antara etnik di Sabah: Analisis KAP

3.

SURAYA BTE SINTANG , JEANNET STEPHEN , ROSAZMAN BIN HUSSIN , SITI AIDAH BTE LUKIN @ LOKIN (2025), Languages, Places, and Peace: Ethnic Harmony Across Urban and Rural Sabah, Malaysia

4.

JEANNET STEPHEN , SITI AIDAH BTE LUKIN @ LOKIN , SURAYA BTE SINTANG , ROSAZMAN BIN HUSSIN (2025), Languages, places, and peace: Ethnic harmony across urban and rural Sabah, Malaysia

5.

NOR-INA BINTI KANYO , SITI AIDAH BTE LUKIN @ LOKIN , NORCIKEYONN BINTI SAMUNI , MUSNIN BIN MISDIH (2025), Penglibatan komuniti Bisaya dalam pembangunan glosari digital: E-gayad mabalut glosari