Profesor Madya Dr. Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS
Muhammad Idris Bullare @ Bahari (Prof. Madya Dr.) ialah Profesor Madya di Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial (FPKS), Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Psikologi Industri dan Organisasi), Sarjana Psikologi (Psikologi Sosial) dan PhD (Psikologi) dari UMS. Bidang pengkhususan beliau ialah Kebahagiaan dan Kesejahteraan Orang Kurang Upaya. Sebelum bertugas sebagai Ketua Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, UMS, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, di universiti yang sama. Kini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa), FPKS, UMS. Karya beliau yang telah diterbitkan ialah Cross-Cultural Psychology (2012), SPSS: Prinsip dan Analisis Data dalam Sains Tingkah Laku (2013), Integriti dalam Keluarga: Panduan ke Arah Keluarga Bahagia (2014), Kebahagiaan dari Perspektif Orang Kurang Upaya (2019), Workbook for Social Statistics (2020), Model Sosial Ketidakupayaan: Perspektif OKU dan Bukan OKU (2021), Travelog Hidup Gelandangan: Menjejak Kesejahteraan (2024), Pengantar Psikologi (2024), Reka Bentuk Penyelidikan dalam Sains Tingkah Laku (2025) dan Pembentukan Instrumen dan Indeks Kebahagiaan OKU-Fizikal (2025). Pada tahun 2010, beliau telah memperoleh Anugerah Tokoh Penyelidik Harapan UMS. Pada tahun 2013 pula, beliau diberi anugerah Student Scholarships Award semasa pembentangan kertas kerja bagi kajian PhD di World Congress on Positive Psychology di Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Manakala, pada tahun 2014, tesis PhD bertajuk “Kebahagiaan Subjektif Orang Kurang Upaya-Fizikal” telah dipilih sebagai tesis terbaik (Sains Sosial), UMS. Seterusnya, pada tahun 2016, beliau dikurniakan Anugerah Tokoh Penyelidik Cemerlang (Kategori Sains Sosial) UMS. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Editor bagi Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS) pada tahun 2017. Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sosial dan Ahli Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dari tahun 2017-2024. Semasa menjadi ahli MPWS, beliau telah mengetuai Projek Indeks Kesejahteraan Wanita Sabah (IKWS) 2018 dan Pembinaan Modul Interaktif Perkahwinan Kanak-kanak (MIPK) 2018 serta penyelaras bagi penyediaan Pelan Induk Pembangunan Wanita Sabah 2023-2032. Pada tahun 2020, beliau telah dilantik sebagai Ketua Penyelidik bagi Projek Perundingan Pembentukan Indeks-Kegembiraan Organisasi Berprestasi Tinggi (I-KOBT), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Indeks Darjah Kegembiraan-Universiti Malaysia Sabah (DK-UMS) pada tahun 2021 dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Indeks Integriti Universiti Malaysia Sabah. Pada tahun 2023, beliau telah dilantik sebagai anggota Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MBOKU) bagi sesi 2023-2025.
Contact Information
Academic Department
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial
Appointed Department
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial
Education
Doktor Falsafah (Psikologi)
Universiti Malaysia Sabah
2014
Ijazah Sarjana Psikologi (Psikologi Sosial)
Universiti Malaysia Sabah
2004
Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Psikologi Industri & Organisasi)
Universiti Malaysia Sabah
2000
Research
Projects
83
Active
14
Grants
RM 5,878,233.23
Publications
Total Publications by Year
| Year | Publications |
|---|---|
| 2000 | 1 |
| 2004 | 1 |
| 2005 | 1 |
| 2007 | 1 |
| 2008 | 2 |
| 2009 | 4 |
| 2010 | 3 |
| 2011 | 6 |
| 2012 | 14 |
| 2013 | 2 |
| 2014 | 5 |
| 2015 | 27 |
| 2016 | 43 |
| 2017 | 56 |
| 2018 | 34 |
| 2019 | 15 |
| 2020 | 27 |
| 2021 | 17 |
| 2022 | 12 |
| 2023 | 29 |
| 2024 | 18 |
| 2025 | 11 |
| 2026 | 6 |
Scopus Metrics
Scopus ProfileDocuments
6
H-Index
4
Citations
26
Institutional
335
Research listing
Completed and ongoing projects
Showing 1 to 5 of 83 entries
SINDROM EMPTY-NEST WARGA EMAS DI MALAYSIA : MENGEMBALIKAN FUNGSI DAN PERANAN WARGA EMAS DALAM KESEJAHTERAAN KELUARGA
Member
2026 - 2026
Exploring Risk Factors of ‘Fear of Expectation’ Affecting the Continuation and Completion of Studies Among Local Postgraduate Students in University Malaysia Sabah: Focusing on the “Student-Supervisor Relationship”
Member
2025 - 2027
Program EduRelief: Pembentukan Modul 3M dan Praktis terhadap Murid ‘Slow Learner’ di Sabah (SDG 4: Pendidikan Berkualiti dan Inklusif)
Member
2025 - 2027
A Cross-Cultural Exploration of Single Mothers’ Experiences with Expressive Art-Based Counselling in Managing Emotional and Coping Challenges in Malaysia and Indonesia
Member
2025 - 2027
IT’S NOT DOOM AND GLOOM: EXPLORING HAPPINESS OF PARENTS OF CHILDREN WITH AUTISTIC SPECTRUM DISORDER (ASD)
Member
2025 - 2027
Publications listing
Note: publication data for the last 3 years will be displayed
Showing 1 to 5 of 11 entries
HON KAI YEE , TUAN NORBALKISH BINTI TUAN ABDULLAH , MUHAMMAD IDRIS BIN BULLARE @ BAHARI , NURUL HUDANI BINTI MD. NAWI , NUR FARHA BINTI SHAAFI , NORAFIFAH BINTI BALI (2026), Counselling students’ readiness for HIV prevention: training, attitudinal influences, and perceived competence
NORMAH BINTI ABDUL LATIP , MUHAMMAD IDRIS BIN BULLARE @ BAHARI , SURAYA BTE SINTANG , ROSAZMAN BIN HUSSIN , JALIHAH MD SHAH , JEANNET STEPHEN (2026), Discourses of ethnic harmony in Sabah: Language and place from a critical discourse analysis perspective
RESOT IGGAU , MUHAMMAD IDRIS BIN BULLARE @ BAHARI , JINKY JANE C SIMEON (2026), Efikasi kendiri dan strategi latihan dalam persembahan muzik: Satu kerangka konseptual dalam kalangan mahasiswa muzik di Malaysia
SITI AIDAH BTE LUKIN @ LOKIN , ROSAZMAN BIN HUSSIN , SURAYA BTE SINTANG , MUHAMMAD IDRIS BIN BULLARE @ BAHARI , JALIHAH MD SHAH , JEANNET STEPHEN , CHRISTINA ANDIN (2026), Hubungan undang-undang adat dan keharmonian antara etnik di Sabah: Analisis KAP
ALFRED CHAN HUAN ZHI , JASMINE ADELA MUTANG , NUR FARHANA ARDILLAH BINTI AFTAR , MUHAMMAD IDRIS BIN BULLARE @ BAHARI , NORSIMAH BINTI DASAN , SHARON KWAN SAM MEE , LAILAWATI BTE MADLAN @ ENDALAN (2026), Penerimaan emosi dalam kalangan ibu tunggal di Sabah