Saya dilahirkan pada 9 April 1972 di Pasir Puteh, Kelantan. Saya mendapat ijazah pertama dlam bidnag psikologi dengan kepujian dari Univeriti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1996, dan Masters dalam bidang Psikologi Perkembangan Manusia pada tahun 1999 di universiti yang sama. Pada tahun 2016 saya telah memperoeh PhD dalam bidang psikologi daripada University of Plymouth, UK. Saya telah memulakan kerjaya di Universiti Malaysia Sabah semenjak 1 Februari 1999 dan diletakkan di bawah program Pembangunan Belia dan Komuniti (HA16) Selama berkhidmat dengan UMS saya telah diberikan tanggungjawab mengajar beberapa kursus di peringkat pra-siswazah, menyelia latihan ilmiah dan latihan praktikum mengetuai dan menyertai sebagai penyelidik bersama beberapa projek penyelidikan. Di peringkat pascasiswazah, saya berpengalaman mengetuai penyeliaan dan menyelia secara bersama beberapa penyelidikan di peringkat PhD dan Masters. Saya juga berpeluang menjadi internal examiner dan panel penilai bagi beberapa tesis di peringkat PhD dan Masters. Saya juga telah menerbikan beberapa penulisan di jurnal terpilih, prosiding dan lain-lain. Sepanjang berkhidmat dengan UMS, saya juga pernah terlibat dalam beberapa jawatan pentadbiran, seperti Penyelaras Program HA16 (kini dikenali sebagai Ketua Program), Penyelaras Pascsiswazah (Penyelidikan) (Wakil Blok Psikologi, FPP) dan Wakil AJK Perpustakaan Fakulti.
Professor Madya Dr. Mazni Mustapha holds Doktor Falsafah dalam Psikologi from University Of Plymouth, UK , among other qualifications, and has established themselves as a respected expert in their field.