Mosli Tarsat, Ph.D (UMS) adalah pensyarah Kanan di Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah. Bidang penulisan dan tujahan kajian beliau adalah Sejarah maritim dengan tumpuan khusus terhadap ekonomi kelautan, perikanan, komuniti maritim, warisan budaya maritim dan kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara. Antara hasil penulisan ilmiah beliau ialah Pembangunan Ekonomi Kelautan di Pantai timur Borneo Utara, 1881-1941 (2020), Pulau Mengalum (2017), Pemuliharaan Penyu Di Pulau Selingan Dan Pulau Gulisan Di Sandakan, Sabah: Tinjauan Awal (2010) terbitan Borneo Research Journal, The Iranun in Borneo: Pirates or Heroes from the Maritime Perspective?’ (2010) terbitan Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan banyak lagi. Beliau juga aktif menjalankan penyelidikan dan membentangkan kertas kerja sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Dr. Mosli Bin Tarsat holds Ijazah Doktor Falsafah from Universiti Malaysia Sabah , among other qualifications, and has established themselves as a respected expert in their field.