Encik Md Razali Saibin
Fakulti Pengajian Islam, UMS
Berlatarbelakangkan Pengajian Islam yang kukuh dalam pengkhususan Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat daripada Universiti Al-Azhar, Mesir dan Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menamatkan hafazan 30 Juzuk Al-Quran, Tujuh Qiraat Tariq as-Syatibi, 10 Qiraat Tariq al-Jazari, Tiga Qiraat as-Syazzah dan Sanad Bacaan Al-Quran Qiraat Imam A'sim Riwayat Imam Hafz Tariq as-Syatibi daripada beberapa jalan Sanad Al-Quran. Melanjutakn pengajian di peringkat Sarjana Psikologi Kaunseling dan Penyalagunaan Dadah di Universiti Malaysia Sabah pada tahun 2019. Mengabungkan ilmu Al-Quran dan Psikologi amat bertepatan dalam aspek pembersihan jiwa dan pembangunan insan untuk membina dan mengukuhkan Kesejahteraan Psikospiritual masyarakat. Berpengalaman dalam pentadbiran awam dan pengurusan masjid selama 16 tahun ketika bertugas di Pusat Islam UMS dan dilantik menjadi Pengarah Pusat Islam UMS pada tahun 2021-2023. Minat beliau dalam pengajian al-Quran dan tahfiz, dakwah, pengurusan masjid, kaunseling dan penglibatan dalam badan bukan kerajaan seperti Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Darus Syifa' Malaysia, Persatuan Psikoterapi Islam dan Majlis Dakwah Negara (MDN) Negeri Sabah. Beliau juga seorang Pengamal dan Kaunselor Berdaftar, Lembaga Kaunselor Malaysia. Kini beliau bertugas sebagai seorang Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam UMS dan sedang melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang Kesejahteraan Psikospiritual Islam berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah.