Pegawai tadbir dengan pengalaman hampir 14 tahun dalam Pengurusan pejabat, pengurusan kakitangan, perancangan strategik, pengurusan bakat, dan pembangunan kakitangan. Berpengalaman sebagai Ketua Jabatan Canselori lebih daripada 6 tahun.
Mempunyai minat yang sangat mendalam dalam bidang Pengurusan dan Pentadbiran. Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Sistem Pejabat dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Sarjana Pengurusan Modal Insan dari Universiti Malaysia Sabah. Terlibat dari peringkat awal dalam melaksanakan Pelan Latihan Pembangunan Individu (IDP) dan model ini masih digunapakai sehingga sekarang menggantikan CPD dengan penambahbaikan berterusan oleh bahagian terlibat. Merupakan alumni Top Executive Programme Universiti Awam (Kohort 2) dan telah mendapat anugerah Projek Kumpulan Terbaik (Tajuk Projek: Pelan Penggantian Universiti Awam).
Memiliki keupayaan semulajadi untuk menyemai semangat dalam diri orang lain, membina dan membangunkan individu lain. Mahir, cekap dan proaktif dalam melaksanakan pelbagai tugas - mampu mengendalikan projek atau tugasan yang diberikan secara berkesan walaupun secara ad-hoc dan dalam masa yang singkat serta baik dalam bekerja sebagai pasukan. Mempunyai kekuatan dalam menguruskan pasukan dan mampu merancang secara strategik untuk mencapai KPI jabatan. Berkeupayaan untuk membina hubungan rentas-fungsional dan memastikan pengurus dan pekerja dihubungkan dengan betul. Mempunyai hubungan yang baik dengan pengurusan atasan, rakan sekerja, dan subordinate. Mempunyai keupayaan untuk menjadi perancang yang teratur dengan keupayaan kepimpinan pasukan dan pengurusan program yang cemerlang.
Puan Stella @ Nurul Martini Gontol holds from Lain-lain , among other qualifications, and has established themselves as a respected expert in their field.