Professor Madya Dr.
 Musirin Bin Mosin

Professor Madya Dr. Musirin Bin Mosin

Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan, UMS

Biografi PM.Dr.Musirin Bin Mosin
Dr. Musirin Bin Mosin merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS) dalam bidang Linguistik Bahasa Melayu. Pernah bertugas di SMK Mat Salleh Ranau (1991-1996) dan SMK Agama Mohammad Ali (1999-2009). Bertugas di SMK Kemburongoh (pada hujung tahun 2009-Awal 2010), seterusnya berpindah ke IPG Kampus Keningau pada April 2010. Dari segi latar pendidikan, mula bersekolah di SRK Lohan (1973-1978), SMK Mat Salleh (1979-1985), Sijil Perguruan di Maktab Perguruan Gaya Kota Kinabalu (1989-1991), Master di Universiti Putra Malaysia (2000-2002) dan Ph.D di Universiti Pendidikan Sultan Idris (2003-2010). Sepanjang bertugas di IPG Kampus Keningau, pernah diberikan gelaran sebagai Pakar Rujuk Bahasa Melayu (SME), serta dilantik sebagai Jurulatih Kebangsaan Bahasa Kadazandusun, setelah menamatkan lima fasa kursus BKD sebagai persediaan menjadi penceramah BKD (Lungkitas) ke atas guru-guru semasa kursus dalam perkhidmatan. Sepanjang bertugas di IPG, pernah mengajar kursus fonetik dan fonologi, Morfologi, Sintaksis, Semantik, Wacana dan kursus Pentaksiran Bahasa Melayu. Menamatkan tugas di IPG Keningau setelah mendapat tawaran sebagai Pensyarah Kanan (DS51) di Universiti Malaysia Sabah pada 13 Disember 2013 sehingga sekarang (2026). Menjalankan tugas sebagai pensyarah Bahasa Melayu, Penyelidikan (Kualitatif/ Kajian Tindakan), Penyeliaan pelajar Master dan Ph.D (Kurikulum dan Pengajaran/ Pengurusan Pendidikan). Pernah menjalankan tugas sebagai Ketua Penyelaras Teras Fakulti, Pemangku Unit Penyelidikan Pendidikan Luar Bandar, Pegawal Fokal Industri dan Ketua Penyedia Teks Ucapan Konvokesyen daripada tahun 2014 hingga tahun 2024 serta dilantik sebagai Pakar Rujuk Bahasa Kadazandusun oleh KPM. Mengetuai penyelidikan yang bertajuk “Aplikasi Tutor dalam Subjek Matematik dan Bahasa Inggeris di Pendalaman Sabah dan Acuan Karangan dalam Bahasa Melayu SKM di Ranau. Menulis buku bertajuk “Frasa Adverba dalam Teks Sejarah Melayu dan Jurnal yang diterbitkan oleh Minda Masagi Press (Bandung, Indonesia: Jurnal: SUSURGALUR: Jurnal Kajian Sejarah dan Pendidikan Sejarah; bertajuk “Deskripsi Struktur Frasa Adverba dalam Bahasa Melayu”. Bimbingan pelajar Ph.D, berjaya menggraduasi 8 orang mahasiswa (5 orang sebagai supervisor/Main dan 5 orang ko-supervisor). Antara kursus yang dikendalikan di Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan ialah; Kemahiran Berbahasa Malaysia Dalam Pendidikan, Pengajian Bahasa Kadazandusun Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Sejarah Malaysia:Perkembangan Politik (1957-1990), Sejarah Malaysia: Abad Ke-20 Hingga Pra Kemerdekaan, Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Malaysia, Pengajaran Mikro, Fonetik dan Fonologi, Morfologi, Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan di Malaysia dan Penaakulan Data Dalam Penyelidikan Pendidikan. DalamTugas rasmi sebagai pensyarah pada dasarnya akan berakhir pada tahu 2026.

Research

Projects

15

Active

5

Grants

RM 246,199.33


Research Interests & Expertise

No expertise areas available

Publications

Total Publications by Year


Scopus Metrics

Scopus Profile

Documents

3

H-Index

2

Citations

8

Affiliation

Universiti Malaysia Sabah

Research listing

Current Research Projects

Kajian tahap pengetahuan dan kesediaan guru pelatih terhadap amalan kecerdasan buatan dalam pengajaran dan pembelajaran

Member

2026 - 2027

Kesiapsiagaan guru novis subjek sejarah terhadap integrasi kecerdasan buatan (ai) dalam pengajaran abad ke-21: satu kajian empirikal dalam era transformasi digital

Member

2025 - 2026

Stem- deen sebagai elemen pembelajaran bersepadu sekolah rendah

Member

2025 - 2026

Pengajaran dan pembelajaran bermakna memacu kelesterian pendidikan berkualiti :kesediaan guru untuk berubah dalam pdpc abad ke 21

Member

2024 - 2026

Pemulihan penguasaan 3m dalam kalangan murid tahun 6 di sekolah luar bandar sabah

Member

2023 - 2026

Publications listing

NOTE: PUBLICATION DATA FOR THE LAST 3 YEARS WILL BE DISPLAYED

Showing 1 to 8 of 8 entries

1.

Mohd Nor Azan Bin Abdullah , Musirin Bin Mosin (2025), Kadazandusun Language Politeness In Ipg Student Lectures

2.

Musirin Bin Mosin , Connie Shin @ Connie Cassy Ompok , Jusiah Binti Idang (2025), Effects On Early Mathematics Of A Program Using Games, Picture Books And Worksheets

3.

Jusiah Binti Idang , Musirin Bin Mosin , Connie Shin @ Connie Cassy Ompok (2024), Early Childhood Teachers’understanding And Perceptions Of Augmented Reality (ar) To Enhance Learning

4.

Musirin Bin Mosin , Rosy Binti Talin (2024), Merungkai Faktor-faktor Penentu Kejayaan Akademik Di Kalangan Pelajar Cemerlang Luar Bandar: Suatu Tinjauan Literatur

5.

Muhamad Suhaimi Taat , Soon Singh A/l Bikar Singh , Musirin Bin Mosin (2024), Exploring The Effect Of Inclusive Leadership On Psychological Distress Through Organizational Climate Mediation And Moderation

6.

Musirin Bin Mosin (2024), Model Inkuiri 5e Dalam Pengajaran Bahasa Melayu

7.

Musirin Bin Mosin , Rosy Binti Talin , Henry Bin Bating , Mohd Khairuddin Bin Abdullah @ Jerry (2024), Tipologi Protokol Pemilihan Karya Sastera Dalam Pembelajaran Bidang Estetika Bahasa Kadazandusun

8.

Musirin Bin Mosin , Jusiah Binti Idang , Rechard Lee , Connie Shin @ Connie Cassy Ompok (2024), An Improve Augmented Reality Approach For Stem In Early Childhood Learning Via Image Processing