Professor Madya Dr. Bilcher Bala
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS
Prof. Madya Dr. Bilcher Bala ialah ahli akademik dan sejarawan sosial Malaysia di Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Berasal dari Sarawak dan daripada komuniti Kelabit, salah satu kelompok Orang Ulu dalam rumpun Dayak, latar tersebut membentuk kepekaan beliau terhadap sejarah wilayah, identiti, keadilan sosial serta hubungan pusat–wilayah, khususnya dalam konteks Sabah dan Sarawak.
Kerjaya akademik beliau bermula pada 1995 di Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum meneruskan perkhidmatan di UMS sejak 2021. Kepakaran beliau meliputi sejarah sosial, sejarah autonomi, pembinaan negara-bangsa, hubungan pusat–wilayah dan sejarah Malaysia Timur. Dalam pengajaran, beliau mengendalikan kursus seperti Pengantar Ilmu Sejarah, Sejarah Malaysia Timur, Sejarah Amerika Syarikat, Pseudo-Sejarah dan Pascamodenisme dalam Sejarah. Pendekatan beliau menekankan pemikiran kritis, ketepatan fakta, penggunaan sumber yang teliti dan pembuktian empirikal.
Penyelidikan serta penulisan beliau menumpukan sejarah pembentukan Malaysia, autonomi wilayah, identiti dan integriti pensejarahan. Pada 2021, beliau terlibat dalam perbincangan rasmi berhubung pewartaan 31 Ogos 1963 sebagai Hari Sabah. Beliau juga menyumbang kepada Projek Resort INAGAYA di Pulau Gaya, yang dilancarkan pada 10 Disember 2025 dan kini dalam pembinaan, berasaskan naratif sejarah dan kebudayaan Sabah dari zaman prasejarah hingga pascakemerdekaan.
Beliau dilantik sebagai Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah bagi tempoh 2023–2027 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Beliau turut dilantik sebagai anggota Majlis Sejarawan Negara bagi tempoh 1 Ogos 2025 hingga 31 Julai 2027, serta Penasihat Pertubuhan Sejarah Borneo Sabah bagi tempoh 17 Ogos 2025 hingga 17 Ogos 2027. Pada Julai 2026, beliau dilantik sebagai Panel Penilai Sayembara Penamaan Bendera Negeri Sabah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sabah.
Di luar akademik, beliau aktif dalam penulisan esei kritikal dan syarahan umum mengenai pembinaan negara-bangsa, pembangunan, identiti wilayah, sejarah Sabah dan Sarawak serta dasar nasional. Sumbangan beliau merangkumi pengajaran, penyelidikan, khidmat kepakaran, pemeliharaan warisan dan pengukuhan integriti sejarah.
Contact Information
Academic Department
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS
Appointed Department
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS
Education
Lain-lain
2014
Ijazah Doktor Falsafah (no.004 Phd 2010)
Universiti Malaya
2010
Ma In History (by Individual Study & Research) 1998
York University, UK
1998
Ijazah Sarjana Muda Sastera Dgn Kepujian Kelas Dua Bhgn Atas Dalam Sejarah (no.siri 01003994)
Universiti Kebangsaan Malaysia
1994
Stpm 1988
Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan
1989
Spm 1986
Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan
1987
Sijil Rendah Pelajaran 1984
Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan
1985
Research Collaborators
Research
Projects
14
Active
2
Grants
RM 393,550.00
Research Interests & Expertise
Cultural And Heritage Studies - Indigenous Culture Studies
Cultural And Heritage Studies - Indigenous Culture and Heritage
Publications
Total Publications by Year
Scopus Metrics
Scopus ProfileDocuments
3
H-Index
2
Citations
7
Affiliation
Universiti Malaysia Sabah
Research listing
Current Research Projects
Vitaliti dan vunerabiliti bahasa ibunda etnik disabah : satu kajian eksploratori
Member
2025 - 2026
Perpaduan dan penyatuan ummah dalam pertahanan negara melalui konsep pertahanan menyeluruh (hanruh)
Member
2024 - 2026
Publications listing
NOTE: PUBLICATION DATA FOR THE LAST 3 YEARS WILL BE DISPLAYED
Showing 1 to 5 of 5 entries
Fazli Bin Abd. Hamid , Bilcher Bala , Zainuddin Bin Baco , Dg Junaidah Binti Awang Jambol (2025), Sejarah Tuntutan Sabah Dan Sarawak: Dari Laporan Igc 1962 Ke 21 Tuntutan Ma63 (2018-2024)
Bilcher Bala (2025), Persempadanan Dan Pembancian Di Bahagian Pertama, Sarawak (1841-1946)
Bilcher Bala , Fazli Bin Abd. Hamid (2025), Community Engagement In National Defence: The Comprehensive Defense Concept (hanruh)
Bilcher Bala (2025), Sejarah Asal Usul Kampung Ayer, Kudat, Sabah: Warisan Kerabat Kesultanan Brunei Silam
Normah Binti Abdul Latip , Jane Wong Kon Ling , Bilcher Bala , Mohd Juhar Bin Harun , Nordiana Nasuha Molinka (2025), Ulung Buayeh: From Mythology To Ecotourism