Dr. Nor-Ina Kanyo merupakan seorang Pensyarah Kanan di Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan (UPEP) Sekolah Sains Sosial selama 11 tahun yang kini telah dinaik taraf menjadi sebuah Institut penyelidikan yang dikenali sebagai Institut Kajian Orang Asal Borneo (BorIIS) Universiti Malaysia Sabah (UMS). Pada masa sama, Dr Nor-Ina juga merupakan pensyarah dalam Program Geografi Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dalam aspek pengajaran dan penyeliaan pelajar Sarjana Muda (Latihan Ilmiah), Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Geografi dari Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1999-2022, diikuti peringkat Sarjana pada 2003-2005 sehingga Ijazah Kedoktoran Falsafah (PhD)yang juga dari USM dalam kajian pengkhususan Geografi jenayah (2006-2010). Dr Nor-Ina pernah bertugas di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Universiti Malaya (UM) sebagai Pensyarah dan Ketua Penyelaras Rancangan Kependudukan di Jabatan Antropologi dan Sosiologi sebelum bertugas di UMS. Tiga (3) kursus baru diperkenalkan semasa Ketua Penyelaras Rancangan Kependudukan iaitu (i) Pengenalan Kepada Penduduk, (ii) Demografi Sosial dan (iii) Demografi Sosial Lanjutan.
Dua (2) kursus jenayah pada peringkat Sarjana Muda yang diperkenalkan dalam Program Geografi pada 2013 iaitu (i) Geografi Jenayah dan (ii) Jenayah dan Pembangunaan. Beliau juga mempunyai pengalaman dalam mengetuai beberapa dana penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di peringkat Kebangsaan bagi tempoh 2012 sehingga kini dan juga Peringkat UMS. Beliau juga merupakan ahli Pertubuhan Geografi Kebangsaan dan ahli Pertubuhan NGO iaitu Pertubuhan Pencegahan Dadah dan Jenayah Sabah (PPDJS). Beliau aktif dalam kajian penyelidikan jenayah dan impak terhadap masyarakat di Sabah mengikut perspektif ruangan.
Dr. Nor-ina Binti Kanyo holds Ijazah Doktor Falsafah from Universiti Sains Malaysia , among other qualifications, and has established themselves as a respected expert in their field.