Profesor Madya Dr. Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari
Profesor Madya Dr. Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial · Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS
ferlis@ums.edu.my
Summary

Muhammad Idris Bullare @ Bahari (Prof. Madya Dr.) ialah Profesor Madya di Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS), Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Psikologi Industri dan Organisasi), Sarjana Psikologi (Psikologi Sosial) dan PhD (Psikologi) dari UMS. Bidang pengkhususan beliau ialah Kebahagiaan dan Kesejahteraan Orang Kurang Upaya. Sebelum bertugas sebagai Ketua Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, UMS, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial di universiti yang sama. Kini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan, Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS. Karya beliau yang telah diterbitkan ialah Cross-Cultural Psychology (2012), SPSS: Prinsip dan Analisis Data dalam Sains Tingkah Laku (2013), Integriti dalam Keluarga: Panduan ke Arah Keluarga Bahagia (2014), Buku Kerja SPSS: Prinsip dan Analisis Data dalam Sains Tingkah Laku (2017), Buku Kerja Statistik Sosial (2019), Kebahagiaan dari Perspektif Orang Kurang Upaya (2019), Workbook for Social Statistics (2020), Lovetide: It Doesn’t Have to be Complicated (2020), Model Sosial Ketidakupayaan: Perspektif OKU dan Bukan OKU (2021), Travelog Hidup Gelandangan: Menjejak Kesejahteraan (2024) dan Pengantar Psikologi (2024). Pada tahun 2010, beliau telah memperoleh Anugerah Tokoh Penyelidik Harapan UMS. Pada tahun 2013 pula, beliau diberi anugerah Student Scholarships Award semasa pembentangan kertas kerja bagi kajian PhD di World Congress on Positive Psychology di Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Manakala, pada tahun 2014, tesis PhD bertajuk “Kebahagiaan Subjektif Orang Kurang Upaya-Fizikal” telah dipilih sebagai tesis terbaik (Sains Sosial), UMS. Seterusnya, pada tahun 2016, beliau dikurniakan Anugerah Tokoh Penyelidik Cemerlang (Kategori Sains Sosial) UMS. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Editor bagi Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS) pada tahun 2017. Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sosial dan Ahli Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dari tahun 2017-2024. Semasa menjadi ahli MPWS, beliau telah mengetuai Projek Indeks Kesejahteraan Wanita Sabah (IKWS) 2018 dan Pembinaan Modul Interaktif Perkahwinan Kanak-kanak (MIPK) 2018 serta penyelaras bagi penyediaan Pelan Induk Pembangunan Wanita Sabah 2023-2032. Pada tahun 2020, beliau telah dilantik sebagai Ketua Penyelidik bagi Projek Perundingan Pembentukan Indeks-Kegembiraan Organisasi Berprestasi Tinggi (I-KOBT), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Indeks Darjah Kegembiraan-Universiti Malaysia Sabah (DK-UMS) pada tahun 2021 dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Indeks Integriti Universiti Malaysia Sabah. Pada tahun 2023, beliau telah dilantik sebagai anggota Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MBOKU) bagi sesi 2023-2025.

Profesor Madya Dr. Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari holds Doktor Falsafah (Psikologi) from Universiti Malaysia Sabah , among other qualifications, and has established themselves as a respected expert in their field.

Education
Doktor Falsafah (psikologi)
Ijazah Sarjana Psikologi (psikologi Sosial)
Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (psikologi Industri & Organisasi)
Stats
Publications:
470
Projects:
14
Grants:
RM 1,636,942.50
Scopus Metrics
Scopus Author ID:
57193086144
H-Index:
4
Documents:
6
Citations:
23
Research Interests
PSYCHOLOGICAL STUDIES - Industrial and Organisational Psychology
PSYCHOLOGICAL STUDIES - Personality Psychology
PSYCHOLOGICAL STUDIES - Psychometrics
PSYCHOLOGICAL STUDIES - Quantitative and Qualitative Methods in Psychological Studies
PSYCHOLOGICAL STUDIES - Cross-Cultural Psychology
PSYCHOLOGICAL STUDIES - Positive Psychology
PSYCHOLOGICAL STUDIES - Social Psychology
Latest Grants
Pembentukan Instrumen Dan Indeks Kebahagiaan Oku-fizikal
Penerokaan Isu, Cabaran, Dan Keperluan Orang Kurang Upaya Wanita (oku-w) Dan Keluarga Oku Di Sabah
Latest Publications
Stres,penglibatan Kerja Dan Keinginan Berhenti Kerja Dalam Kalangan Penghantar Makanan.
Emotional Intelligence, Single Mother Preliminary Study
Menyingkap Realiti Ibu Bapa Penjaga Anak Istimewa
Beban Senyap Ibu Bapa, Penjaga Anak Oku
Top 10 Life Advice For Graduates Of 2025 (uh6311001)
Previous Appointments
Administrative Positions