Profesor Madya Dr. Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari

Profesor Madya Dr. Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari

Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Muhammad Idris Bullare @ Bahari (Prof. Madya Dr.) ialah Profesor Madya di Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial (UPPsiKS), Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Psikologi Industri dan Organisasi), Sarjana Psikologi (Psikologi Sosial) dan PhD (Psikologi) dari UMS. Bidang pengkhususan beliau ialah Kebahagiaan dan Kesejahteraan Orang Kurang Upaya. Sebelum bertugas sebagai Ketua Unit Penyelidikan Psikologi dan Kesihatan Sosial, UMS, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial di universiti yang sama. Kini, beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Dekan, Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Psikologi dan Pendidikan, UMS. Karya beliau yang telah diterbitkan ialah Cross-Cultural Psychology (2012), SPSS: Prinsip dan Analisis Data dalam Sains Tingkah Laku (2013), Integriti dalam Keluarga: Panduan ke Arah Keluarga Bahagia (2014), Buku Kerja SPSS: Prinsip dan Analisis Data dalam Sains Tingkah Laku (2017), Buku Kerja Statistik Sosial (2019), Kebahagiaan dari Perspektif Orang Kurang Upaya (2019), Workbook for Social Statistics (2020), Lovetide: It Doesn’t Have to be Complicated (2020), Model Sosial Ketidakupayaan: Perspektif OKU dan Bukan OKU (2021), Travelog Hidup Gelandangan: Menjejak Kesejahteraan (2024) dan Pengantar Psikologi (2024). Pada tahun 2010, beliau telah memperoleh Anugerah Tokoh Penyelidik Harapan UMS. Pada tahun 2013 pula, beliau diberi anugerah Student Scholarships Award semasa pembentangan kertas kerja bagi kajian PhD di World Congress on Positive Psychology di Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Manakala, pada tahun 2014, tesis PhD bertajuk “Kebahagiaan Subjektif Orang Kurang Upaya-Fizikal” telah dipilih sebagai tesis terbaik (Sains Sosial), UMS. Seterusnya, pada tahun 2016, beliau dikurniakan Anugerah Tokoh Penyelidik Cemerlang (Kategori Sains Sosial) UMS. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Editor bagi Jurnal Psikologi dan Kesihatan Sosial (JPsiKS) pada tahun 2017. Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Sosial dan Ahli Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dari tahun 2017-2024. Semasa menjadi ahli MPWS, beliau telah mengetuai Projek Indeks Kesejahteraan Wanita Sabah (IKWS) 2018 dan Pembinaan Modul Interaktif Perkahwinan Kanak-kanak (MIPK) 2018 serta penyelaras bagi penyediaan Pelan Induk Pembangunan Wanita Sabah 2023-2032. Pada tahun 2020, beliau telah dilantik sebagai Ketua Penyelidik bagi Projek Perundingan Pembentukan Indeks-Kegembiraan Organisasi Berprestasi Tinggi (I-KOBT), Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah. Beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Indeks Darjah Kegembiraan-Universiti Malaysia Sabah (DK-UMS) pada tahun 2021 dan Ahli Jawatankuasa Pembangunan Indeks Integriti Universiti Malaysia Sabah. Pada tahun 2023, beliau telah dilantik sebagai anggota Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MBOKU) bagi sesi 2023-2025.

Contact Information

Academic Department

Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Appointed Department

Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS

Education

Doktor Falsafah (psikologi)

Universiti Malaysia Sabah

2014

Ijazah Sarjana Psikologi (psikologi Sosial)

Universiti Malaysia Sabah

2004

Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (psikologi Industri & Organisasi)

Universiti Malaysia Sabah

2000

Research Collaborators

Research

Projects

14

Active

14

Grants

RM 1,636,942.50


Research Interests & Expertise

Psychological Studies - Industrial and Organisational Psychology

Psychological Studies - Personality Psychology

Psychological Studies - Psychometrics

Psychological Studies - Quantitative and Qualitative Methods in Psychological Studies

Psychological Studies - Cross-Cultural Psychology

Psychological Studies - Positive Psychology

Psychological Studies - Social Psychology

Publications

Total Publications by Year

NOTE: N/A = Data not available, 0 = Data not completed


Scopus Metrics

Scopus Profile

Documents

6

H-Index

4

Citations

23

Affiliation

Universiti Malaysia Sabah

Research listing

Current Research Projects

Exploring risk factors of ‘fear of expectation’ affecting the continuation and completion of studies among local postgraduate students in university malaysia sabah: focusing on the “student-supervisor relationship”

Member

2025 - 2027

Program edurelief: pembentukan modul 3m dan praktis terhadap murid ‘slow learner’ di sabah (sdg 4: pendidikan berkualiti dan inklusif)

Member

2025 - 2027

A cross-cultural exploration of single mothers’ experiences with expressive art-based counselling in managing emotional and coping challenges in malaysia and indonesia

Member

2025 - 2027

It’s not doom and gloom: exploring happiness of parents of children with autistic spectrum disorder (asd)

Member

2025 - 2027

Masjid sebagai institusi sokongan kesejahteraan psikospiritual terhadap wanita dalam masyarakat madani

Member

2024 - 2026

Pembentukan instrumen dan indeks kebahagiaan oku-fizikal

Leader

2024 - 2024

Penerokaan isu, cabaran, dan keperluan orang kurang upaya wanita (oku-w) dan keluarga oku di sabah

Leader

2024 - 2025

Development of a digital application for the management of psychological well-being of senior workers

Member

2024 - 2026

An analysis of the presence of stateless people in sabah, malaysia: an explotary study.

Member

2023 - 2025

Pembentukan index kecerdasan emosi sosial ibu tunggal yang bekerja: kajian awal di sabah

Member

2023 - 2026

Preparing for prevention: a qualitative study of counselors' readiness to engage with hiv patients

Member

2023 - 2026

Stres, penglibatan kerja, dan niat berhenti kerja dalam kalangan penghantar makanan pasca pkp covid-19.

Member

2023 - 2025

Geran fasilitasi program pembasmian miskin tegar keluarga malaysia (bmtkm) 2022-2025

Member

2022 - 2025

Kajian toleransi dan hubungan harmoni antara etnik di sabah

Member

2021 - 2025

Publications listing

NOTE: PUBLICATION DATA FOR THE LAST 3 YEARS WILL BE DISPLAYED

Showing 11 to 14 of 14 entries

11.

Najah Afina Binti Mohd Harun , Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari (2023) , The Effect Of Perceived Support On Subjective Well-being Of Academic Institution Staff

12.

Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari (2023) , Effect Of Emotional Intelligence And Personality Traits On The Psychological Well-being Of University Students In Malaysia

13.

Peter Voo Su Kiong , Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari (2023) , Strategi Penyesuaian Akademik Dalam Kalangan Guru Pelatih Oku Penglihatan Di Sebuah Institut Pendidikan Guru

14.

Lailawati Bte Madlan @ Endalan , Alfred Chan Huan Zhi , Muhammad Idris Bin Bullare @ Bahari , Nur Farhana Ardillah Binti Aftar (2023) , Satisfaction With Life Among Public And Private University Students In Sabah, Malaysia: A Modification Scale Using Factor Analysis


Page 2 of 2

Previous Next