Dr. Colonius Bin Atang
Dr. Colonius Bin Atang
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan · Pusat Kokurikulum Dan Pemajuan Pelajar, UMS
colonius@ums.edu.my
Summary

Colonius Atang ialah seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sabah yang berpengalaman dalam bidang geografi manusia, pembangunan komuniti dan pendidikan tinggi. Jawatan petadbiran yang disandang di Universiti Malaysia Sabah ialah sebagai Timbalan Pengarah (Akademik) di Pusat Kokurikukum dan Pemajuan Pelajar dari 14/2/2023 sehingga kini. Manakala diperingkat negeri Sabah, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah untuk daerah Kuala Penyu bermula 20/11/2020 sehingga kini. Beliau aktif menyumbang idea berdasarkan kepakaran sebagai pengkaji sosial untuk membantu pihak berkuasa tempatan di daerah Kuala Penyu dalam merancang dan mencadangkan Pembangunan insfrastuktur dan sosioekonomi daerah Kuala Penyu. Penyelidikan beliau menumpukan kepada transformasi sosioekonomi, geografi kesihatan, kelestarian pembangunan serta integrasi elemen ESG dalam pengajaran dan pembelajaran kokurikulum berkredit. Beliau aktif dalam penulisan ilmiah, pembangunan instrumen penyelidikan serta penghasilan modul PdP yang menyokong pemerkasaan pelajar dan komuniti. Beliau merupakan ketua editor untuk buku bertajuk ‘Penerapan ESG dalam Kursus Kokurikulum Berkredit di Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah’, buku ini terbitan tahun 2025. Dalam penyeliaan pelajar pula, beliau telah Berjaya menyelia (lulus) seramai 5 orang pelajar diperingkat sarjana dan seorang diperingkat Doktor Falsafah. Kini masih terdapat seramai 5 orang lagi pelajar diperingkat pascasiswazah dibawah seliaan beliau. Selain menjadi penyelia kepada pelajar-pelajar Latihan ilmiah Program Geografi di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Dalam pengajaran pula, beliau terlibat dengan pengajaran kursus dalam program geografi, kursus teras fakulti, kursus di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa serata kursus di Kokurikulum Berkredit di Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar. Kerja-kerja komuniti beliau diterjemahkan melalui aktiviti UMS SPRINT iaitu program komuniti dalam kursus kokurikulum berkredit iaitu beliau akan membawa pelajar kursus Baktisiswa ke komuniti setiap semester untuk menjalankan sekurang-kurangnya satu aktiviti pemindahan ilmu dari mahasiswa kepada komuniti.

Dr. Colonius Bin Atang holds Doktor Falsafah (Ph.D) Geografi Manusia from Universiti Sains Malaysia , among other qualifications, and has established themselves as a respected expert in their field.

Education
Doktor Falsafah (ph.d) Geografi Manusia
Ijazah Sarjana Sastera (geografi)
Stats
Publications:
71
Projects:
5
Grants:
RM 173,000.00
Scopus Metrics
Scopus Author ID:
56398407700
H-Index:
3
Documents:
7
Citations:
47
Research Interests
GEOGRAPHY - Social and Cultural Geography
Latest Grants
Latest Publications
Menanam Nilai, Menyubur Harapan: Program Plantasia Sebagai Platform Pendidikan Alam Sekitar
Ums-sprint Esg: Kearah Melestarikan Kewangan Rumah Amal Kasih
Impak Program Komuniti Berasaskan Esg Terhadap Pembangunan Pelajar Di Universiti Malaysia Sabah
Melestarikan Pdp Melalui Integrasi Esg Universiti Malaysia Sabah
Ums Sprint:esg
Previous Appointments
Administrative Positions