Dr. Henry Bating merupakan ahli akademik dan pengamal media massa. Selaku ahli akademik, beliau melengkapkan kesarjanaan dalam bidang Pendidikan Bahasa dan Sastera Indonesia/ Melayu/Kadazandusun. Beliau melakukan kajian tesis 'Fonologi Bahasa Kadazandusun' di peringkat B.A. (Hons) Ed. (Pendidikan Bahasa dan Sastera Indonesia) UN Jakarta, M.Ed. (Kurikulum dan Pengajaran Bahasa Melayu/Kadazandusun) UMS dan Ph.D. (Kurikulum dan Pengajaran Sastera Melayu/Kadazandusun) UMS. Beliau mengendalikan pengajaran bahasa dan komunikasi Melayu, Pengajian Malaysia dan bahasa Kadazandusun di PPIB Universiti Malaysia Sabah (UMS) Kampus Induk Kota Kinabalu, Kampus Antarabangsa Labuan dan Kampus Lestari Sandakan. Selaku pengamal media, beliau menulis berita ehwal semasa serta ulasan sastera dan budaya di media cetak dan elektronik berpangkalan di Kota Kinabalu, Sabah. Sebelum menyertai UMS pada tahun 2008, beliau merupakan wartawan, jurufoto, editor dan penterjemah sepenuh masa.
Dr. Henry Bin Bating holds Doktor Falsafah Pendidikan (Ph.D) from Universiti Malaysia Sabah , among other qualifications, and has established themselves as a respected expert in their field.