Eko Prayitno Joko merupakan Pensyarah di Program Sejarah, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau giat menjalankan penyelidikan berkenaan sejarah Sabah khususnya yang bersifat ‘sejarah dari bawah’. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan buku bertajuk “Pengislaman Dalam Kalangan Dusun Ranau (1940-1976)”, “Gerakan Berpolitik Bumiputera Islam di Sabah (1938-1963), “Historiografi Politik Sabah”, “Politik Bugis di Sabah”. Di samping itu, beliau juga menjadi penyunting kepada beberapa buah buku lain antaranya “Kimanis: Negeri Tua, Tanah Keramat” dan “Deskripsi Mengenai Sabah Daripada Pelbagai Perspektif: Esei-Esei Sumbangsih Untuk Sabihah Osman”, “Pangrok Sulap: Sedekad Seni Merakyat”, “Sabah Dalam Hubungan Malaysia-Indonesia” dan “Isu-Isu Perburuhan di Sabah”. Pada masa yang sama, beliau sebenarnya telah menerbitkan beberapa artikel di peringkat nasional serta giat membentangkan penulisannya berkenaan Sabah di peringkat nasional dan antarabangsa. Minat beliau ini menyebabkannya aktif dalam penyelidikan berkaitan Sabah khususnya dalam menampilkan persoalan-persoalan baru berkenaan sejarah dan masyarakat negeri tersebut. Dari aspek kepakaran beliau adalah mengkhusus kepada bidang sejarah lisan sebagai suatu metodologi dalam disiplin sejarah.
Dr. Eko Prayitno Joko holds IJAZAH DOKTOR FALSAFAH DENGAN KEPUJIAN SEJARAH from Universiti Malaysia Sabah , among other qualifications, and has established themselves as a respected expert in their field.