Saya mula berkhidmat dengan Universiti Malaysia Sabah pada 3hb Mei 2010 kerana berminat dalam pengajaran dan penyelidikan. Semasa berkhidmat dengan Universiti, saya pernah dilantik sebagai Penyelaras Program Sarjana Kaunseling Psikologi pada tahun 2011 sehingga 2014. Pada tahun 2014, saya mengambil cuti belajar untuk meneruskan pengajian PhD dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Sains Malaysia. Saya telah lulus dalam pengajian PhD pada tahun 2020 dan telah dilantik semula sebagai Penyelaras Program Sarjana Kaunseling Psikologi pada tahun 2021. Sepanjang perkhidmatan saya pernah menjadi Ketua Penyelidik dalam geran dalaman Universiti Malaysia Sabah.
Dr. Carmella E. Ading holds Doktor Falsafah from Universiti Sains Malaysia , among other qualifications, and has established themselves as a respected expert in their field.