Puan Norhamidah Binti Jarimal @ Safri
Puan Norhamidah Binti Jarimal @ Safri
Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial · Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, UMS
hamidahj@ums.edu.my
Summary

Norhamidah Jarimal @ Safri merupakan pensyarah di bawah Program Kerja Sosial, Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Sepanjang 14 tahun perkhidmatan, beliau terlibat dalam membangunkan dan mempromosikan pengajaran, pembelajaran dan peluang penyelidikan dalam bidang kerja sosial. Beliau terlibat dalam penyelidikan dan penerbitan berkaitan dengan keberkesanan program pertubuhan bukan kerajaan terhadap kumpulan sasaran, kesejahteraan sosial kanak-kanak dan pengurusan bencana dan mangsa bencana. Pada masa ini, beliau mengajar kursus kerja sosial sekolah, pentadbiran dan pengurusan organisasi khidmat manusia, pengurusan krisis dan pemulihan bencana dan kaedah penyelidikan. Beliau juga pernah terlibat sebagai ahli perunding bagi projek rundingan di peringkat kebangsaan berkaitan dengan Keberkesanan Kerja Sosial Dalam Pengurusan Bencana oleh Agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat di Pusat Pemindahan Sementara (2022) dan Keberkesanan Program 2 Years Exit Programme (2YEP) Kepada Penerima Produktif Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) (2024) di bawah Institut Sosial Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia.

Puan Norhamidah Binti Jarimal @ Safri holds Sarjana Psikologi (Psikologi Sosial) from Universiti Malaysia Sabah , among other qualifications, and has established themselves as a respected expert in their field.

Education
Sarjana Psikologi (psikologi Sosial)
Sarjana Muda Sastera (pentadbiran Dan Keadilan Sosial)
Stats
Publications:
50
Projects:
3
Grants:
RM 100,000.00
Scopus Metrics
Research Interests
SOCIOLOGY - Social Work in Disaster
Latest Grants
Pengurusan Mangsa Bencana Banjir: Kajian Kes Di Sabah.
Latest Publications
Kesejahteraan Psikososial Pelajar Sekolah: Mengapa Penempatan Pekerja Sosial Sekolah Diperlukan?
Keberkesanan 2 Years Exit Program Kepada Penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Yang Produktif
Legal Dilemma Of Undocumented Indonesian Migrant Workers In Malaysia: Compliance Or Non-compliance?
Perspektif Kakitangan Bantuan Dan Mangsa Bencana Di Pusat Pemindahan Sementara (pps) Di Ranau Dalam Memberikan Bantuan Kepada Mangsa Gempa Bumi
Sokongan Sosial Dan Strategi Daya Tindak Mangsa Bencana Kebakaran: Satu Kajian Di Kampung Warisan, Inanam
Previous Appointments
Administrative Positions