Mohd. Taqwudin bin Mohd. Yazid dilahirkan pada 05 September 1991 di Ranau, Sabah dan merupakan anak pertama daripada tujuh orang adik beradik hasil perkongsian hidup Mohd. Yazid Abdullah dan Sumaineh Hj. Basir. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kinasaraban, Ranau, Sabah (1998-2003). Seterusnya menerima pendidikan menengah di SMK(A) Mohammad Ali Ranau Sabah pada tahun 2004-2011. Pada tahun 2012 - 2015, beliau ditawarkan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah ke Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam program Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi (Kepujian) dan berjaya menamatkan pengajian empat tahun tersebut sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja-Pingat Jaya Cemerlang sempena majlis Konvokesyen USIM ke-13. Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian sarjana di universiti yang sama dalam program Bahasa Arab Komunikasi pada 2016-2017 melalui tajaan Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB) KPT dibawah skim Fellosiswazah USIM. Seterusnya beliau sekali lagi mendapat tajaan SLAB bagi menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah dalam program bahasa Arab di Universiti Putra Malaysia pada 2020-2023. Bidang yang diminati beliau adalah pembinaan modul elektronik dan pembelajaran kemahiran bertutur tahap asas secara kendiri. Dari sudut kerjaya, beliau pernah bertugas sebagai tenaga pengajar bahasa Arab di Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam (April-Julai 2015) di bawah tajaan USIM. Turut memberikan sumbangan sebagai jurubahasa bagi imam Palestin dan Jordan yang dijemput oleh Aman Palestin sepanjang bulan Ramadhan pada tahun 2015 - 2016. Kini bertugas sebagai pensyarah bahasa Arab di Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah.
Dr. Mohd. Taqwudin Bin Mohd. Yazid holds Doktor Falsafah Bahasa Arab from Universiti Putra Malaysia , among other qualifications, and has established themselves as a respected expert in their field.