Saya berkelulusan Diploma Pengajian Islam (Al-Quran dan As-Sunnah) dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), Ijazah Sarjana Muda Psikologi dengan Kepujian (Kanak-Kanak dan Keluarga) dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Ijazah Sarjana Psikologi (Profesional Psikologi) dari Universitas Padjadjaran (UNPAD), Bandung dan Ijazah Doktor Falsafah Psikologi (Perkembangan) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Saya memulakan kerjaya di dunia akademik sebagai Tutor seawal tahun 2005 di Sekolah Psikologi dan Kerja Sosial, Universiti Malaysia Sabah. Saya merupakan Pensyarah Kanan bagi Program Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga di Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah sejak tahun 2022 sehingga kini. Antara kursus yang diajar ialah Perkahwinan dan Keluarga serta Pengenalan kepada Keibubapaan dan Keluarga Bukan Tradisional. Saya banyak terlibat dengan projek penyelidikan yang melibatkan kanak-kanak, keluarga, remaja dan keibubapaan dalam dan luar negara. Saya juga telah menulis beberapa artikel dalam jurnal antarabangsa dan tempatan dalam bidang yang sama. Sepanjang perkhidmatan, saya pernah terlibat dalam jawatan pentadbiran seperti Ketua Program Psikologi Kanak-Kanak dan Keluarga (2011-2013 dan 2018-2020) dan Pengarah Pusat Minda Lestari (2021-2023 dan 2023-2025). Selain itu, saya juga merupakan Board Member di The National Autism Society of Malaysia (NASOM), Council Member di Persatuan Psikologi Malaysia (PSIMA) dan Ahli Jawatankuasa (Perhubungan Awam) di Malaysian Developmental Psychology Community (MDPC).
Dr. Suwaibah Bt Zakaria holds Ijazah Doktor Falsafah from Universiti Kebangsaan Malaysia , among other qualifications, and has established themselves as a respected expert in their field.