Professor Madya Dr. Jalihah Md Shah
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UMS
Jalihah Md Shah merupakan profesor madya di Program Sosiologi dan Antropologi Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). Beliau mula menyertai dunia akademik dengan berkhidmat sebagai tutor pada tahun 2000 dan selepas itu dilantik menjadi pensyarah pada tahun 2003. Jalihah memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Sains Malaysia (2016) dalam bidang Sosiologi dan Antropologi. Kepakaran beliau adalah dalam bidang antropologi bandar. Sepanjang berkhidmat selama 25 tahun di UMS, beliau telah menghasilkan lebih daripada 80 artikel sama ada sebagai penulis utama mahupun penulis bersama dan terlibat dalam 28 geran penyelidikan dan mengetuai empat (4) geran konsultasi. Kajian beliau memberi fokus terhadap komuniti terpinggir (komuniti nelayan, persetingganan, buruh kanak-kanak) dan pembangunan komuniti. Penyelidikan terkini beliau adalah berkenaan Program Basmi Miskin Tegar (BMT) di negeri Sabah menerusi geran yang dianugerahkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.
Contact Information
Academic Department
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Appointed Department
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Education
Ijazah Doktor Falsafah
Universiti Sains Malaysia
2016
Sarjana Sastera Sosiologi Dan Antropologi
Universiti Malaysia Sabah
2003
Sarjana Muda Sains Sosial (Sosiologi Dan Antropologi)
Universiti Malaysia Sabah
1999
Research
Research Interests & Expertise
Publications
Research listing
Completed and ongoing projects
Publications listing
Note: publication data for the last 3 years will be displayed