Encik Hafiz Bin Hamzah

Encik Hafiz Bin Hamzah

Fakulti Pengajian Islam, UMS

Ustaz Hafiz bin Datuk Dr Hamzah Al-Hafiz, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Hafiz, dilahirkan pada 6 Oktober 1986 di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik. Ayahandanya ialah Datuk Dr Haji Hamzah Amir, manakala bondanya ialah Datin Hajjah Hamidah Apdal. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Gaya, Taman Seri Gaya, Kota Kinabalu, sebelum melanjutkan pengajian peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajjah Rahmah, Kota Kinabalu, yang terletak berhampiran Masjid Negeri Sabah. Dalam bidang pengajian Al-Quran, beliau melanjutkan pengajian ke Darul Quran JAKIM, Kuala Kubu Bharu, dan berjaya menamatkan Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat. Sepanjang tempoh pengajian selama tiga tahun, beliau telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran serta mendalami pelbagai disiplin ilmu agama. Beliau seterusnya melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Qiraat di Maahad Qiraat Shoubra, Universiti Al-Azhar, Kaherah, dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Qiraat pada 10 Oktober 2010. Pada tahun 2013, beliau meneruskan pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dan berjaya dianugerahkan ijazah tersebut pada tahun 2016. Sejurus tamat pengajian Sarjana, beliau memulakan kerjaya perkhidmatan sebagai Imam III merangkap Pembantu Pegawai Tadbir di Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, dan berkhidmat selama dua tahun. Pada tahun 2018, beliau dilantik sebagai Imam Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, di samping berkhidmat sebagai Guru Interim Pendidikan Islam di SMK SANZAC, Kota Kinabalu selama enam bulan. Pada 1 Oktober 2018, beliau dilantik sebagai Pegawai Tadbir Kanan di Bahagian Pembangunan Pendidikan, Kumpulan Yayasan Sabah. Seterusnya, pada 30 Disember 2018, beliau telah diamanahkan berkhidmat di Wisma Yayasan Sabah, Kaherah sebagai Atase Pendidikan Sabah di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah, sehingga April 2022. Pada 9 Mei 2022, beliau kembali berkhidmat di Sabah selepas dinaikkan pangkat ke Gred N48, bertugas di Bahagian Pungutan Pinjaman Pengajian, Yayasan Sabah, sebelum bersara daripada perkhidmatan tersebut pada 14 Ogos 2023. Pada 26 Julai 2023, beliau secara rasminya dilantik sebagai Pensyarah (DS45) di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, dan kini aktif dalam bidang pengajaran, penyelidikan serta pembangunan akademik, khususnya dalam pengajian Al-Quran, Qiraat dan Pendidikan Islam.

Contact Information

Academic Department

Fakulti Pengajian Islam

Appointed Department

Fakulti Pengajian Islam

Education

Sarjana Quran Sunnah

Universiti Islam Antarabangsa

2016

Ijazah Sarjana Muda Qiraat

Al-Azhar University, Egypt

2010

Research

Publications

Total Publications by Year

Total publications by calendar year
Year Publications
2023 1
2024 2
2025 1
2026 2

Scopus Metrics

Documents

—

H-Index

—

Citations

—

Institutional

6

Research listing

Completed and ongoing projects

Showing 1 to 4 of 4 entries

25 Tahun Pengalaman Masjid Bandaraya Kota Kinabalu Dalam Pengimarahan Masjid

Leader

2024 - 2026

MODUL PEMBANGUNAN TAHFIZ AL-MUBARAK DI MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU : INTEGRASI KAEDAH ZIKIR TAREKAT QADIRIYYAH NAQSYABANDIYYAH SURAYALAYA DALAM PEMBELAJARAN TAHFIZ AL-QURAN

Leader

2024 - 2026

KOMPETENSI PENDAKWAH ERA MADANI DI SABAH

Member

2024 - 2026

PENGANTAR ULUM HADITH

Leader

2024 - 2024

Publications listing

Note: publication data for the last 3 years will be displayed

Showing 1 to 2 of 2 entries

1.

HAFIZ BIN HAMZAH , SAIFULAZRY BIN MOKHTAR (2024), Kepimpinan Tun Sakaran salam membentuk masyarakat madani di daerah Semporna : Satu analisis

2.

HAFIZ BIN HAMZAH (2024), Peranan pengurusan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dalam pengimarahan: Satu analisis